Sejarah IPad Mini

Pada awalnya, Apple tidak mempunyai cadangan untuk memperkenalkan komputer tablet berukuran 7 inci. Ini disokong oleh kenyataan Steve Jobs pada tahun 2010 bahawa tablet berukuran 7 inci adalah "terlalu besar" untuk bersaing dengan telefon pintar dan "terlalu kecil" untuk bersaing dengan iPad. Pada tahun 2011, Apple mula melihat segmen tablet 7 inci ini sebagai satu pasaran yang mempunyai potensi.[3]

Khabar angin mengenai generasi iPad seterusnya mula didengari tidak lama selepas pelancaran iPad (Generasi ketiga). Pada waktu tersebut, iPad yang baru dikatakan akan mempunyai saiz yang lebih kecil.[4] Lebih banyak khabar angin muncul termasuklah beberapa maklumat dalaman terutama gambar-gambar komponen, bocor.[5] Pada 16 Oktober 2012, Apple telah mengumumkan satu acara di California yang akan diadakan pada 23 Oktober tetapi tiada maklumat lanjut diberitahu.[6][7]

Pada acara tersebut, CEO Apple memperkenalkan beberapa produk baru termasuklah generasi baru MacBook Pro, Mac Mini, dan juga iMac sebelum memperkenalkan iPad Mini dan iPad (generasi keempat).[8] Apple juga menyatakan bahawa iPad yang baru ini akan mula dijual pada 2 November 2012 dengan tempahan dalam talian bermula 26 Oktober di negara-negara terpilih.[1]

Rujukan

WikiPedia: IPad Mini http://www.apple.com http://www.apple.com/ipad/ http://www.apple.com/pr/library/2012/10/23Apple-In... http://appleinsider.com/articles/12/10/22/images-o... http://bgr.com/2012/10/16/ipad-mini-launch-date-ev... http://news.cnet.com/8301-13579_3-57528109-37/ipad... http://news.cnet.com/8301-13579_3-57538580-37/how-... http://edition.cnn.com/2012/11/06/tech/mobile/ipad... http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew... http://www.maclife.com/article/reviews/ipad_mini_s...